



6.20 petang (11.10.10)
(baju pink ini yg akan ku pakai masa majlis tu nanti...ok tak?)...
Hari ini terasa badan sakit2...kepenatan semalam..berbaloi....uuuhhhhhh...cuba nk baring..tak leh nak lelapkan mata.....sbb kepala ni teringat byk sangat nak dibuat....kerja rumah..kerja sekolah...majlis dah nak on khamis ni (14/10/10) dan ahad ni (17/10/10).hwaaaaaaaaaaaaaaaa......kena wat checklist ni..kalau tak pening dibuatnya...
CHECKLIST:
(Majlis Send Off peringkat sekolah)
a. Menyediakan bunga/hiasan/dandanan kereta Puan Fauziah...(8.00pg 14/10/10)
b. Memastikan pelajar2 yg terlibat dengan kompang dapat baju batik (u.p: Cikgu
Dinear)
c. Menelefon Pengetua bahawa kereta cikgu yg datang amik dah bergerak....
d. Menyiapkan hiasan pentas termasuk arch untuk acara potong pulut kuning (rabu kena
siapkan)>> senaraikan bahan2 keperluan..
e. Mengikat buku2 hadiah dari koperasi di bilik pengetua...
f. Pastikan kerusi meja VIP beserta carpet diangkat ke dewan
g. Meja potong pulut kuning, pisau, piring kecil dan sudu
h. Keep in mind...diriku ini AJK Penyambut Tetamu....kena standby pengetua dan VIP
sampai and entertain di bilik sri mutiara (sarapan pagi)
i. Pastikan Bunga Manggar dan Bunga Pahar disediakn rabu ....4 pelajar diperlukan
j. Pastikan melantik beberapa pelajar untuk membantu dalam mengemas barang2ku
selepas majlis (kalau tak...nanti ku nangis sorang.....)
k. Pastikan pulut kuning di siapkan untuk Puan bawa balik....juga VIP yg lain
l. Rabu....maklum pada pengetua aturcara akhir majlis esoknya.....
CHEKLIST MAJLIS DI HOTEL
17/10/10 (Ahad)
1. Keep in mind (KIM) bahawa aq ni AJK Sambut Tetamu VIPs....jadi floor manager
majlis
2. Pastikan kereta Pengarah (bawa driver ke tak) sbb tak ada disediakan parking
Inform pekerja hotel tu parking dapat 2 sj (Pengetua dan PPD)
3. Pastikan kumpulan persembahan dah siap sedia (Zapin, koir guru, violin, sajak,
lagu solo)...makanan pelajar 10 orang (sarapan pagi dan lunch)
4. Pastikan meja pendaftaran ada dua tempat (Pengetua2 dan Guru/staf SMKUT)
5. Urusan hadiah2 pengetua....lekat no. bertepatan ngan nama pengiring
6. Pastikan guru dan staf berdaftar dapat goodies (beg dan tuala)
7. Pastikan pentas dan backdrop siap dengan kemas dan cantik..
8. Pastikan susunan meja VIPs....ada nama jemputan, ada goodies atas meja masing,
ada buku program
9. Pastikan ajk persembahan gimik...rehersal mustahak...sbb ianya kena bertepatan
antara lampu, lagu dan violin..lagu (lagenda, mama, ibu)
10. Pastikan teks pengacara...maklumat terkini penting....
11. Pastikan hadiah cabutan bertuah ada meja di belakang/ balang kaca jgn lupa bawa
12. Pastikan bunga paha dan bunga manggar disediakan semasa di hotel (lantik
incharge)
13. Pastikan kerusi untuk pengetua duduk di atas pentas semasa sesi penyerahan hadiah
14. Pastikan meja untuk guru2 yg terlibat dlm persembahan...duduk satu meja (untuk
asingkan makanan mereka)
15 Pastikan goodies untuk VIPs lengkap
16. Pastikan jam 2.30 acara dalam dewan bermula walaupun tetamu ada yg belum hadir
17. Pastikan hadiah2 pengetua ada yg incharge untuk dibawa pulang
18. Dan lain2 lagi...check lagi nanti......dah pening dahhhhh.....
nak relax kejap....pasni nak taip semua ni....print...cari klipboard....
OPPPSSS..baju pink ku macamana? baju dah ada...tudung tak sesuai lagi..nk pakai selendang?...leceh nk jlnkan tugas...tudung siti?...over a pulak...hmmm tgk la nanti...yg penting nampak ringkas dan anggun...cewahhh...
No comments:
Post a Comment