4.11.10 (khamis) 3.13 pagi

Baru habis solat...fikiran tak berapa bagus...sblm tidur tak happy..bila jaga ianya bersambung...tp terfikir...tk kan selamanya nak happy...tak selamanya nak bahagia...hidup kan mcm roda, ada masa di atas dan sebaliknya...masa di bawh itulah rasa sakitnya terhimpit, byk hikmah semasa itu..rasa segalanya tidak indah..sakit..pedih..malu dsbnya..betul pepatah kata" hidup ini tidak selalunya indah"..dan kita semua kena akur bahawa langit itu juga tidak selalunya cerah...
Moral of the story: aq kena balancekan kebahagian yg aq terima...biar sederhana..masa ska semuanya indah..indah...tp jika brlaku sebaliknya?...cuba rasakan dan nilaikan sendiri....jadi wahai elly...muhasabah diri...baiki mana yg patut, tidak keterlaluan dalam segala hal..buat mana yg wajib, tinggal mana bathil...

Banyak kerja yg sepatutnya aku kena buat:

1. Menyediakan Jadual Tugas pm semasa cuti sekolah 2010
2. Menyediakan Jadual Tugas PM untuk tahun 2011
3. Membereskan stok makmal (update dan masukkan dlm Kew PA, Kew PS 3 dan KewPS 4)
4. Menyediakan buku2 berikut untuk tahun 2011 (Buku Pesanan Guru, Buku Tugas Saya
Hari Ini, Buku Pelawat (kemaskan), Buku Kemalangan, Buku Pengurusan Makmal Sains,
Buku Pinjaman 2011, Buku Perbelanjaan/Belanjawan, Buku Keluar Masuk PM, Buku
Laporan Makmal (mingguan), Buku Order Barang, )
5. Menyediakan senarai belian barang (Nota Minta) untuk 2010 ini..hantar sebelum
cuti sekolah (belian alatan dan radas yg hendak digunakan 3 bulan pertama 2011
6. Mengisi BORANG SKT dan hantar isnin 8/11/10
7. Membuat laporan kerosakan Makmal2 (Makmal KIMIA, BIO, FIZIK, M1 & 2, L1 & 2)..
- laporan bergambar perlu dihantar sebelum cuti sekolah..ikut borang yg aq dah
sediakan.....
8. Menyediakan Garispanduan yang ketat untuk pelajar tahun 2011 (dlm menggunakan
semua makmal - 7 lab)..tidak digunakan sebagai kelas lagi...undang2 penggunaan
makmal kena digunapakai....kena serius...
9. LCD setiap lab - buat laporan....kerosakan, % boleh digunakan
10. Menaip Senarai Tugas dan agihkan pada 4 pm (untuk diletakkan di atas meja
masing2) supaya sentiasa alert...semasa P&P tidak boleh meninggalkan makmal
11. Memastikan Taman Sumber Sains, Taman Akuatik, Taman Herba terus terpelihara..
dan penambahan pokok2 herba perlu semasa cuti sekolah
12. Fikirkan keceriaan setiap lab..mengikut pengisian di lab itu sendiri..
13. Memastikan setiap pm (4 orang) dapat menjalankan tugas dengan sempurna 2011
- tiada komplen dari guru2 sprt sebelum ini....
14. Mengadakan ceramah untuk pelajar2 tkt 1 - slot penggunaan makmal..sangat
mustahak kerana pendedahan awal perlu..terutama tentang pentingnya pelajar
mengetahui langkah2 penting semasa di dalam makmal..apa yg boleh dan sebaliknya
(disamping itu..beri pendedhan tentang indahnya dan seronoknya belajar sains -
untuk tujuan menarik minat pelajar dlm sains)
15. Menyiapkan KERTASKERJA - 2 eksperimen pilihan untuk Karnival Sains yang akan
dibuat tahun 2011.
16. STUDY semua eksperimen dari Tkt 1 - 5: bagi tujuan penyediaan alatan dan radas
(jika tiada perlu diorder)
17. Mendapatkan laporan bilangan kerusi untuk 7lab (laporan diserahkan pada pn normah
untuk membeli kerusi baru 2011).
18. Membuat draf Carta Gant 2011...
19. Membuat semua kerja2 lab berpandukan CHECKLIST Penarafan Kendiri Pengurusan
Makmal (ada item, )
20. Susunatur baru Bilik Persediaan ku menjelang 2011...tukar posisi yg lebih selesa
22. Perancangan 2011...untuk lab, untuk Pengurus Makmal
23. Menyediakan kertaskerja untuk ceramah2:
a. Pengurusan Makmal Kimia, Bio, Fizik
b. Pentingnya Keselamatan Dalam Makmal
c. Pentingnya Keselamatan Dalam Penggunaan Bahan Kimia dlm makmal
d. Pengurusan Bilik Persediaan Makmal
e. Motivasi untuk pm yang baru dilantik
f.
g.

24. Sambung semula tugasku membuat BUKU HERBA yg terbengkalai..kena siapkan
tahun ini juga dan jilidkan..
25. Merangka KECERIAAN LAB (7 lab)
26..Membuat peracangan awal untuk aktiviti Jabatan Sains SMKUT 2011...(tempah tshirt,
Hari keluarga dsb)
27. Membuat buku tentang tugas2 NON HAKIKI ku dari 2004 - 2010 (berada di SMKUT)
28. Membuat Bibliografi untuk diriku sendiri...amik masa
29. Order alatulis, pelaka, cat, polisterin dsbnya untuk digunakan semasa cuti
sekolah)
30. Pastikan semua B.Persediaan dan makmal dlm keadaan BERSEDIA DAN SELAMAT untuk
digunakan bila Januari 2011 tiba....

Inilah sebahagian tugas ku yang perlu aku laksanakan sebelum Januari 2011..mudah2an aku sentiasa diberi Petunjuk oleh Allah S.W.T.....hanya padaNya aku berserah...dengan
motto tetapku "I PLAN MY WORK...AND I HAVE TO WORK ON MY PLAN"....insyaAllah...

...sambung...
3.49 am

**kenapa masa taip kat sini ok je tersusun ayat2 ku...tp bila di publish..berterabur...aduhh tak seronok..

No comments:

Post a Comment