
7 Disember 2010
1 MUHARAM 1432 HIJRAH
8.24 pagi....
Alhamdulillah syukur ku pada Allah...dengan limpah kurniaNya aku masih boleh mencoretkan kata2 hatiku...setelah beberapa hari dan minggu aku tak berdaya langsung untuk menuliskan apa yang hatiku berkata....aaaaaaaaahhhhhhh...ini semua terlalu ikutkan perasaan....
Mulai hari ini 1 MUHARAM 1432 Hijrah...aku akn terus melangkahkan kaki meneruskan perjalanan...Nak tinggalkan segala perkara yang melemahkan minda dan fizikalku....siapa yang datang padaku semasa ku kesunyian?....hanya Allah jua tempat aku mencurahkan segala2nya dan hanya Dia lah yang Maha Mendengar dan Mengetahui....
Aku hanya akan menoleh ke belakang dan insyaAllah aku tak akan berpatah balik....perjalanan ku masih jauh...membawa bersama 4 anak2ku dan 2 cucu2ku....memang dalam perjalanan penuh ranjau dan duri sebelum ini...namun aku bersyukur dalam pada itu aku juga masih boleh tersenyum riang kerana ada orang2 yang masih sayangkan diriku...alhamdulillah....merekalah ibuku, adik2ku, sahabat2ku dan buah hati kesayanganku.....
Apakah perancangan ku untuk memulakan buku baru ini?....samada nak memulakan dari hari ini atau 1 Januari 2011 nanti?....tengok mana yang sempat...
opsss dapat msg...jap.....
dari Johari Aziz Perak " Ya Allah, Rahmatilah sahabatku ini beserta keluarganya, Berkatilah amalan dan rezekinya, Anugerahkanlah kekuatan kepada sahabatku ini agar sentiasa berkorban di jalanMu. Titipkan rasa rindu dan ketaqwaan dihatinya agar sentiasa mencintaiMu. Hadirkan rasa gentar di hati sahabatku ini agar sentiasa menjauhi segala kemungkaran....Amin...Salam Maal Hijrah 1432H"
alhamdulillah...inilah salah sorang adik angkatku yang sentiasa memberi semangat, nasihat dan prihatin padaku....
Sesungguhnya jika kita berbuat baik pada orang lain, insyaAllah...Allah akan memberi kita kebaikan itu semula....
Aku akn tetap dengan diriku...dan akan sentiasa memperbaiki segala yang kurang baik...insyaAllah...semoga Allah sentiasa memberi petunjuk pada diriku...aminnn
AKU KENA LIHAT PADA DIRIKU SENDIRI:
a. Siapa diriku?
b. Apa yang perlu aku lakukan untuk kehidupan yg lebih baik
c. Adakah aku masih mahu melayan perasaan yang membuangmasaku selama ni
d. Aku adalah aku...yangmana orang masih mengenalku seperti sebelum ini
e. Aku tidak akan lemah lagi...teruskan perjalanan dengan misi dan visi yang ada
INSYAALLAH........................
No comments:
Post a Comment