11.1.11 (Selasa)
11.05 pagi....

KEGEMBIRAAN untuk diriku.....dia telah kembali menduduki hatiku....

19.12.10
5.00 petang

Adakah aku bermimpi?....adakah aku bermimpi.....dan adakah aku perlu berhati2...agar tidak kecewa lagi....oooooooooooohhh tidak......

Nak upload gambar2 semalam semasa aku menjadi pengadil bolajaring peringkat mukim....seraonok sungguh disambut oleh org2 kampung...teringat masa aku jadi 'mak tok' dulu....

14.12.10
4.38pagi

Lama aku tidak menulis....sibuk ngan tugas harian, sibuk ngan fb...aghhhhhhhhhhhh....aku kena buat sesuatu spaya perancangan kerja, kehidupanku, amalanku berjalan seiring.....APA yang aku perlu buat?......

a. Buat checklist untuk diri, keluarga, kerja
b. Pastikan checklist dipatuhi setiap hari
c. Matlamat aku...nak apa pada 2011 nanti???

Hari ini aku nak selesaikan beberapa tugas:

aaaaaaaaaahhhhhhh....buntuuuu......sambung nanti..............tiba2 aku teringatkan seseorang...so aku tak leh nk fikir seterusnya.....aku tak boleh menulis di blog ini sbb blog ni terhasil disebabkan dia......ohhh tidakkkkkkk...aku kena lupakan dia.....lupakan...dalam usaha ni....nk keluarkan dari hati aku ni...tapi kenapa tak mahu keluar......

aku tau dia dah ada yang lain...sebab tu dia diam tak cakap apa pun ngan aku...yang aku nak pg ingat lagi wat apa....dia dah ada yg lebih cantik dari aku.....so aku kena undur diri....pergi jauh2.....








8 Disember 2010
2 Muharam 1432H
9.37 pagi

hahhhh...baru siap mengemas bilik persediaanku dan menyiram semua pokok2 ku....segar...nyaman....seronok...gembira sungguh aku pagi ni....alhamdulillah...semua ini kurniaan Mu Ya Allah....

Pagi ni sebenarnya banyak kerja yang harus aku bereskan:

a. Siapkan notaminta untuk alatan, radas dan bahan kimia untuk eksperimen 2011
b. Isi borang cuti ku pada 6.12.10
c. Telefon Mr kannan untuk confirmkan bila nak hantar cat dll...
d. Siapkan 12 fail Penarafan Kendiri Makmal Sains SMKUT...siap isinya sekali
e. Siapkan buku2:
- Tugas Saya Hari Ini 2011 ( 3buah buku)
- Buku Pesanan Guru 2011(eksperimen)
- Buku Pinjaman, Buku Kemalangan dlam makmal, Buku Pelawat, Buku Pinjaman
alatan makmal(buku2 ni semua dah ada cuma cantikkan semula)
- Borang penggunaan makmal sains (untuk setiap lab)

f. Mengemas makmal kimia (alatan radas dan perabut)
g. Mengemaskini buku stok induk
h. Buat bar chart untuk eksperimen 2010


ok..sambung lagi nanti.....

11.24mlm...

habis taip note kat atas tu...terus bfast...makan sotobeli kat warung....mungkin dalam soto tu banyak letak aji...tiba2 kepala mula rasa sakit....pening...ingatkan kejap je...sempat g amik anak tusyen kul 11.00...tengahari tak baik juga...petang..sama juga...malam makan ubat terus tidur....

7 Disember 2010
1 MUHARAM 1432 HIJRAH
8.24 pagi....

Alhamdulillah syukur ku pada Allah...dengan limpah kurniaNya aku masih boleh mencoretkan kata2 hatiku...setelah beberapa hari dan minggu aku tak berdaya langsung untuk menuliskan apa yang hatiku berkata....aaaaaaaaahhhhhhh...ini semua terlalu ikutkan perasaan....

Mulai hari ini 1 MUHARAM 1432 Hijrah...aku akn terus melangkahkan kaki meneruskan perjalanan...Nak tinggalkan segala perkara yang melemahkan minda dan fizikalku....siapa yang datang padaku semasa ku kesunyian?....hanya Allah jua tempat aku mencurahkan segala2nya dan hanya Dia lah yang Maha Mendengar dan Mengetahui....
Aku hanya akan menoleh ke belakang dan insyaAllah aku tak akan berpatah balik....perjalanan ku masih jauh...membawa bersama 4 anak2ku dan 2 cucu2ku....memang dalam perjalanan penuh ranjau dan duri sebelum ini...namun aku bersyukur dalam pada itu aku juga masih boleh tersenyum riang kerana ada orang2 yang masih sayangkan diriku...alhamdulillah....merekalah ibuku, adik2ku, sahabat2ku dan buah hati kesayanganku.....

Apakah perancangan ku untuk memulakan buku baru ini?....samada nak memulakan dari hari ini atau 1 Januari 2011 nanti?....tengok mana yang sempat...

opsss dapat msg...jap.....

dari Johari Aziz Perak " Ya Allah, Rahmatilah sahabatku ini beserta keluarganya, Berkatilah amalan dan rezekinya, Anugerahkanlah kekuatan kepada sahabatku ini agar sentiasa berkorban di jalanMu. Titipkan rasa rindu dan ketaqwaan dihatinya agar sentiasa mencintaiMu. Hadirkan rasa gentar di hati sahabatku ini agar sentiasa menjauhi segala kemungkaran....Amin...Salam Maal Hijrah 1432H"

alhamdulillah...inilah salah sorang adik angkatku yang sentiasa memberi semangat, nasihat dan prihatin padaku....

Sesungguhnya jika kita berbuat baik pada orang lain, insyaAllah...Allah akan memberi kita kebaikan itu semula....

Aku akn tetap dengan diriku...dan akan sentiasa memperbaiki segala yang kurang baik...insyaAllah...semoga Allah sentiasa memberi petunjuk pada diriku...aminnn

AKU KENA LIHAT PADA DIRIKU SENDIRI:

a. Siapa diriku?
b. Apa yang perlu aku lakukan untuk kehidupan yg lebih baik
c. Adakah aku masih mahu melayan perasaan yang membuangmasaku selama ni
d. Aku adalah aku...yangmana orang masih mengenalku seperti sebelum ini
e. Aku tidak akan lemah lagi...teruskan perjalanan dengan misi dan visi yang ada


INSYAALLAH........................












24.11.10 9.05 malam
(Rabu)

Alhamdulillah syukurku pada Allah S.W.T...sampai di saaat ini aku sihat dan diberi keberkatan dari Allah...tepat jam 12.00 mlm nanti genaplah usikau 48 tahun...t.kasih emak..kerana telah melahirkan ku sehingga 48 tahun umurku kini.

Sepanjang 48tahun hidup di dunia ini...pelbagai kenangan manis dan pahit yg aku lalui ssebagaimana orang lain juga. Masing2 mempunyai cerita tersendiri. Apapun inilah dia sandiwara d pentas dunia. Aku bersyukur pada Allah kerana dibesarkan dalam keluarga yang sederhana tapi penuh dengan disiplin dan asas agama yang kukuh. Terima kasih abah...terima kasih emak...

1962 - 1983: Aku single
1984 - 2005: Aku bersuami dan 4 cahayamata
2005 - sekarang: Aku sendirian tanpa suami....namun aku sangat bahagia bersama 4 orang anak, seorang menantu dan 2 orang cucu..ALHAMDULILLAH...memang aku rasakan kebahagiaan itu....syukur nikmat Allah.

1981 - 1996 : Bertugas di KEJORA
1996- 1998 : pencen khas 10 5(b)
1999 - sekarang: Bekerja sebagai P.Makmal C17
(1999 - 2000) - di SMK Gelang Patah
(2000 - 2003) - di SMK Tanjung Adang
(2004 - skrg) - di SMK Ulu Tiram

4 cahayamata:

a. Nur Yuhanis Mohamad Yassin - ustazah di Gelang Patah (1985)
b. Mohd Hafidz Mohamad Yassin - QS di Bandar Sri Iskandar, JB (1986)
c. Nur Adibah Mohamad Yassin - masih belajar di Tkt 4 (SMKA)
d. Muhammad Syafiq Mohamad Yassin - masih belajar di Tkt 2 (SMKUT)

2 orang cucu:

a. Muhamad Faiz Syahmi
b.. Nur Fatin Nabiha
22.11.10
11.35 PGI..


BERTEMU 25 JULAI 2010

BERPISAH 22 NOVEMBER 2010

SEGALANYA DARI ALLAH...PENENTU SEGALANYA...MEMBERIKAN AKU KEBAHAGIAAN DLM PERCINTAAN UNTUK WAKTU ITU....ALHAMDULILLAH...SYUKUR KU PADANYA....AMINNN...